Battle
Pilih pelari anda dan tekan sedia. Setiap jawapan betul menggerakkan anda ke hadapan. Sertai lobi awam, atau buka bilik peribadi untuk kawan-kawan dengan sembang suara.
Semuanya bermula dengan seorang ayah dan longgokan buku latihan matematik. Sehingga ke suatu masa, 300,000 rakyat Malaysia mendaftar untuk bermain Power Congak. Kini ia kembali — lebih mantap, bersama guru sebenar di dalam naungan GERGASI.
Bab 1 · 2023
Pertengahan 2023. Meja makan rumah Ungku Ismail tidak lagi kelihatan seperti meja. Buku latihan bertimbun-timbun. Anaknya, Ibrahim, sedang berlatih mengira — muka surat demi muka surat, buku demi buku. Tulis soalan, tanda jawapan, beli buku seterusnya. Ismail tertanya, pasti ada jalan yang lebih mudah, yang lebih baik.
Ismail bukan calang-calang orang dalam dunia permainan video. Dia pernah hasilkan Abar dan TAKUT, maka dia buat apa yang dia tahu. Berbekalkan pengalaman menggunakan Unreal Engine, dia bina satu aplikasi kecil untuk seorang pemain — anaknya sendiri — dan menamakannya Yem Genius.
Aplikasi itu cukup ringkas. Hanya tambah dan tolak. Di sisinya, beberapa soalan objektif Sains Tahun 1 dan mesin ejaan untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tetapi satu perkara sudah ada sejak versi pertama: pemasa. Berlumba dengan masa mengubah kerja rumah menjadi permainan. Ibrahim makin pantas. Kemudian makin pantas lagi.
Kemudian isterinya, Nad Zainal, memuat naik hal ini di Instagram. Hampir secara tidak sengaja, berita itu tersebar bagai api. Marak, apa yang bermula sebagai alat untuk Ibrahim, tiba-tiba menjadi sesuatu yang jauh lebih besar.
Bab 2 · 2024
Sekitar pertengahan 2024, Power Congak muncul di Play Store dan App Store sebagai aplikasi mobil. Sesiapa sahaja boleh memuat turunnya.
Aplikasi itu sudah jauh berkembang. Ada permainan mini 3D, di mana anda menembak peti yang membawa jawapan betul. Ada juga bahagian sejarah yang menghantar laporan prestasi anak terus ke e-mel ibu bapa. Dan ada animasi — berpusing, melantun, penuh bunyi.
Animasi itu rupanya lebih penting daripada yang disangkakan. Ibu bapa kepada anak-anak ADHD dan autisme memberi maklum balas yang cukup memberangsangkan. Kata mereka, anak-anak sangat sukakan permainan itu dan kerap menggunakannya.
Namun, menghidupkan sebuah aplikasi memerlukan kos. Jadi Power Congak memaparkan iklan. Langganan RM6.00 membuang iklan itu, kemudian permainan bersama pemain lain atas talian dan ciri-ciri lain menyusul, harga pun berubah.
Bab 3 · 2025
Di sidang media filem bersiri Honeytrap, seorang wartawan bertanya soalan yang tidak diduga: Adakah Power Congak akan kekal percuma?
Ismail menjawab dengan jujur. Ya, ia akan sentiasa percuma untuk digunakan, walaupun sebahagian cirinya terhad. Jawapan itu benar — tetapi ia terus menghantui fikirannya lama selepas itu. Percuma tetapi terhad tetap bermakna ada kanak-kanak yang terlepas. Dia perlu cari jalan supaya semua orang mendapat manfaat yang sama.
Soalan itu tersebar ke seluruh pelosok. Dalam masa dua minggu, Power Congak melepasi 300,000 pendaftaran, dan sebahagian besar pemain itu kekal. Ismail dan Nad Zainal muncul di akhbar, malah menjadi tajuk utama Buletin TV9.
Bab 4 · 2025 hingga 2026
Latih tubi memang membantu, tetapi seorang kanak-kanak yang berdepan pemasa seorang diri hanya mampu setakat itu. Bila tersekat, mereka perlukan seseorang untuk menerangkan. Ismail mahu Power Congak membantu, mendidik setiap pemain — bukan sekadar menguji mereka. Dan dia mahu setiap ringgit langganan bernilai lebih daripada sekadar membuang iklan.
Idea itu mudah disebut, tetapi sukar dibina: guru sepatutnya sentiasa ada untuk membantu. Sejak awal 2025, dia membinanya sedikit demi sedikit. Dia gunakan pengetahuannya tentang websocket untuk permainan masa nyata, dan bekerja dengan API yang betul untuk membawa video dan suara. Hasilnya ialah GERGASI. — kelas dalam talian secara langsung, tempat pelajar dan guru Malaysia bertemu. Kini ia menjadi rumah baharu Power Congak 2.0.
Pilih pelari anda dan tekan sedia. Setiap jawapan betul menggerakkan anda ke hadapan. Sertai lobi awam, atau buka bilik peribadi untuk kawan-kawan dengan sembang suara.
Letakkan telefon atau tablet di tengah-tengah dua pemain. Setiap pihak ada papan kekunci sendiri, dan jawapan betul pertama memenangi pusingan itu. Anda yang tetapkan peraturannya.
Soalan pantas melawan masa. Dalam kelas langsung, semua orang menerima soalan yang sama serentak — dan jawapan betul terpantas menang.
Kira seperti dalam peperiksaan: tambah, tolak dan darab dalam bentuk lazim, dan bahagi dengan kaedah bas stop, digit demi digit.
Nombor dipaparkan satu demi satu dan anda jumlahkan semuanya di dalam kepala. Kemudian anda ada sepuluh saat untuk menjawab. Dahulu hanya boleh dimainkan dalam talian, kini boleh dimain sendiri.
Mata anda sedang menunggu. Bawa ia ke sini dalam tiga langkah:
Mata biru, merah, emas dan bintang dibawa bersama. Mata kuning kekal dalam aplikasi lama.
Tidak - Power Congak percuma untuk dimainkan, semua mod, dengan iklan di antara pusingan. Anda tidak perlu akaun pun: tekan Main percuma di gergasi.school. Daftar (percuma) untuk simpan mata dan muncul di papan pendahulu. Tip Penyokong membuang iklan selama sebulan.
Murid sekolah rendah dan menengah (Darjah 1 hingga Tingkatan 6), dan sesiapa yang mahu congak lebih pantas. Duel dan Battle juga seronok untuk keluarga dan kawan-kawan.
Tidak perlu. Power Congak 2.0 berjalan terus dalam pelayar web di telefon, tablet atau komputer.
Daftar di Gergasi dengan e-mel yang sama yang anda gunakan dalam Power Congak lama, sahkan e-mel itu, kemudian tekan "Ya, bawa mata saya" apabila papan pemuka bertanya. Mata biru, merah, emas dan bintang dibawa bersama.
Boleh. Guru di Gergasi boleh memulakan pusingan Race, Cara Lazim atau Master Congak semasa kelas langsung. Setiap murid menjawab serentak dan kedudukan dikemas kini secara langsung.
Lima mod. Mata yang adil. Guru sebenar. Markah lama anda sedang menunggu.